Senarai Pegawai Unit Pengurusan Akademik

  • Mohd Rizal b. Ismail (Pegawai Teknik & Vokasional)-merangkap Ketua Unit
  • Shamsudin b. Hussien (Pegawai Bahasa)
  • Azhar bin Hassan (Pegawai Pendidikan Islam Ren.)
  • Abdul Rahim b. Othman (Pegawai Pendidikan Islam Men.)
  • Muhd Fitri bin Harun (Pegawai j-QAF)
  • Abdul Halim b. Shafiee (Pegawai Peperiksaan)
  • Ishak b. Hj.Hassan (Pegawai Pemulihan)

Friday, January 25, 2008

PERANCANGAN STRATEGIK PPSMI 2008

Yang dihormati Tuan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah SPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dalam kesibukan tugas di sekolah masing-masing, kemungkinan Setiausaha PPSMI di sekolah tuan telah terlepas pandang akan surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang bertajuk 'Pemantapan Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 2008' (Ruj Kami: Bil(61)dlmJPNPP(KUR)/06/01/003/Jld9) bertarikh 17 Disember 2007.
Antara kandungan surat tersebut mengkehendaki pihak sekolah menghantar Perancangan Strategik PPSMI ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum 11 Januari 2008.
Jika pihak tuan masih belum menghantar dokumen berkenaan, silalah berbuat demikian dengan kadar segera. Kepada Tuan Pengetua dan Guru Besar yang telah pun menghantarnya, saya ucapkan jutaan terima kasih di atas keperihatinan tuan..
Sekian, terima kasih.
:) Zarina Zakaria

Friday, January 18, 2008

Taklimat Pelaksanaan Program PKJR, KIA2M, Intervensi PPSMI dan ProTiM

Kepada,
Semua Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Rendah Daerah Seberang Perai Selatan

Melalui

Guru Besar
SK/SJK(C)/SJK(T)
Daerah Seberang Perai Selatan

Tuan/Puan,

Perkara di atas dirujuk.

Sila hadir taklimat tersebut seperti ketetapan berikut:
TARIKH : 22 Januari 2008 (SELASA)
MASA : 2 petang
TEMPAT : Bilik Seminar, PPD Selatan

Sekian, terima kasih.


- Pegawai Sains & Matematik -

Mesyuarat Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK&SK Daerah SPS Bil 1/2008

Assalamualaikum,

Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK & SK SPS

Melalui dan salinan,

Pengetua/Guru Besar
SMK /SK Daerah SPS.

Tuan,

2. Mesyuarat Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam Daerah akan di adakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22.1.2008
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPDS

3. Sehubungan dengan itu, ketua panitia pendidikan Islam sekolah tuan dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Abdul Rahim Othman

Add to Google

Arkib Blog